Sungai Melaka

Sungai Melaka

Koordinat: 2°12′N 102°15′E / 2.200°N 102.250°E / 2.200; 102.250

Sungai Melaka
سوڠاي ملاک
Ciri-ciri fizikal
SumberSungai Tampin
 • lokasiTampin, Negeri Sembilan
Sumber keduaSungai Batang Melaka
 • lokasiBatang Melaka
MuaraSelat Melaka 
 • lokasi
Bandaraya Melaka


Sungai Melaka merupakan sungai di Melaka, Malaysia. Sungai ini memiliki dua punca. Punca utama Sungai Melaka terletak di kawasan penghujung Banjaran Titiwangsa di Tampin, Negeri Sembilan dan mengalir sebagai Sungai Tampin, dan cabang keduanya pula bermula di Tebong, daerah Alor Gajah sebagai Sungai Batang Melaka. Kedua-dua sungai ini bertemu di Gadek, daerah Alor Gajah untuk membentuk Sungai Melaka. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah wajar sekali. Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir, Melaka, termasuklah:

  • Perkhidmatan 'river cruise' (persiaran sungai) sepanjang Sungai Melaka.
  • "Melaka Duck Tours", bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.[1]
  • Perkhidmatan Monorel Melaka menyelusuri Sungai Melaka.
  • Program tebatan banjir sebanyak RM90 juta serta RM120 juta untuk projek banjir kilat.
  • Hotel "Casa del Rio" di Jalan Kota Laksamana.
  • Menara Taming Sari yang berputar setinggi 110 meter di Bandar Hilir. Menara ini boleh berputar 360 darjah meniru konsep menara di Pulau Sentosa, Singapura. Kerja-kerja pendawaian profesional dilakukan oleh jurutera syarikat pembekal projek dari Switzerland. Namun menara berputar ini telah dipindahkan ke kawasan baru kerana di tepi sungai itu terjumpa runtuhan tembok bersejarah.
  • Marina Melaka di muara Sungai Melaka - untuk sukan rekreasi laut.
  • Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berharga RM35 juta.

6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka.[2]


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy